Tuesday, December 27, 2011

SESI LATIHAN WRECKÄR

Wreckär yang bakal mengeluarkan debut mini-cd mereka pada tahun depan kembali mengadakan latihan untuk 2 lagu baru. Sebanyak 3 lagu telah berjaya direkodkan. Bagi yang belum mengetahui Wreckär adalah sebuah band Punk/Crust/Rock & Roll yang dipengaruhi oleh Venom, Motorhead, Misfits, Wolfbrigade, Dishammer, dan sebagainya. Mengunakan prinsip live recording dan mempertahankan aura muzik Rock & Roll era 70-an dan awal 80-an.

Cabaran yang dihadapi buat masa ini adalah penetapan bunyi bass pada setiap sesi latihan dan tumpuan pendengaran oleh pemain drum harus sensitif disebabkan ketiadaan bunyi gitar. Seringkali permainan kami akan sesat untuk beat yang laju. Namun keadaan huru-hara ini yang menyebabkan setiap kali sesi latihan kami gembira dan lebih bertenaga.

Ikuti sesi latihan di malam hari Krismas yang lalu >


Tuesday, December 20, 2011

WANITA

Tulisan blog hari ini agak berbeza dari yang sebelum ini oleh kerana membicarakan tentang kewujudan satu makhluk yang diciptakan Tuhan buat kaum seperti aku. Blog hari ini juga ditulis oleh disebabkan makhluk sempurna ini telah menjadikan hati aku berat, nafas aku sesak dan jiwa aku gundah dek kerananya. Terima kasih juga kepada wanita kerana kerana mereka juga membuatkan aku kembali ingat kepada Tuhan. Terima kasih penderitaan.

Ada dua jenis wanita yang sering kita bersemuka. Satunya yang baginya seorang lelaki sudah cukup untuknya. Hanya lelaki itulah segala-galanya buat dirinya. Dan yang keduanya, baginya dia mahu menjadi tumpuan semua lelaki. Tidak cukup dengan suaminya, segala lelaki di alam maya perlu tahu keangunan dirinya, tidak kira tubuh badan, personaliti dan kebolehannya. Dia tidak tidak lokek untuk berkongsi dengan mana-mana lelaki. Malah itu satu kepuasan atau lelaki adalah trofi baginya.

Namun dari segi fitrah. Sifat wanita yang nombor 1 tadi adalah fitrah sebenar mereka. 

Wanita cantik? Wanita cantik ini ada beberapa kriteria mereka. Sesetengah lelaki meletakkan tanda aras tertentu untuk mengkelaskan wanita cantik. Menurut pandangan aku, untuk mengetahui wanita itu cantik mudah sahaja. Kita nilai fizikal wanita itu! Dan untuk mengetahui wanita itu SANGAT cantik, cuba perhatikan adakah motivasi anda untuk berkerja atau belajar akan hilang jika seseorang wanita rakan sekerja/sekelas anda tidak hadir? Adakah anda tiba-tiba rasa cemburu bila melihat seorang lelaki tolong punch kad seorang wanita teman sekerja anda sedangkan anda lebih mengenali wanita itu? Adakah anda terasa terlalu seronok apabila mendapat sms dari rakan wanita sekelas yang hanya bertanyakan hal berkaitan pelajaran? Adakah anda mencemuh seorang wanita kerana pakaiannya, dan apabila wanita ini memakai pakaian yang serupa, anda menjadi bias dan mengatakan ia sempurna? Anda menjadi terlalu gembira apabila seorang wanita meminta pinjam wang kerana tiada wang kecil untuk membeli minuman? Samada anda memberi pinjam atau terus membelanja wanita itu, anda menjadi sangat seronok? Pernah? Anda memandang seseorang wanita itu dengan hati yang bedegup kencang, walaupun anda melawan perasaan terhadapnya atau menoleh kearah lain tetapi anak mata anda tetap berada pada bayangan wanita itu? Anda sanggup mengubah personaliti atau fesyen semata-mata kerana seorang wanita pejabat/kelas anda meminati ikon tertentu? Anda mengharapkan wanita itu menjadi peneman hidup hingga ke akhir hajat? Jika anda terjerumus di dalam orbit wanita-wanita itu. Maka benar wanita itu tersangat cantik.
 

Kelemahan aku. Wanita cantik dan bijak. Dua kualiti yang membuatkan aku mudah terpikat. Tetapi aku memilih term : wanita yang membahagiakan. Aku selalu gunakan term ini untuk describe wanita-wanita yang ingin aku berkawan. Wanita yang membahagiakan bagi aku begini:

Dia mempunyai perwatakan yang ceria: pertuturan, susun kata tidak semestinya lemah lembut dan tidak pula kasar. Sederhana tetapi harus pandai buat aku ketawa dan lucu. Manja tetapi tidak keanak-anakkan. Bijak mengatur kehidupan sendiri dalam masa yang sama sangat terbuka menerima idea dan pandangan aku. Boleh berdikari namun masih memerlukan bimbingan. Sentiasa menghala kepada perkara positif dan kebaikan walaupun dia nakal. Berfalsafah. Biasanya wanita sebegini tidak materialistik dan jati diri kuat. Dan muzikal. Ini bonus.

Tidak semestinya mereka di atas ini muslimah tudung litup atau seksi atau tersangat cantik atau kaya dari bandar atau miskin dari kampung. Itu semua aku tidak kisah. Kalau mereka wanita yang membahagiakan aku seperti di atas. Wanita sebegini pasti mengembirakan hidup aku dan aku yakin dapat membentuknya jika dia mahu terus hidup bersama aku.

Nasihat seorang rakan aku agar memilih keturunan wanita yang ingin kita dampingi sebab itu hak seorang anak ke atas bapanya iaitu seorang lelaki harus mencari wanita dari keturunan yang baik untuk menjaga serta mendidik anak-anak. Rakan aku ini cukup sensitif dengan jalang, sundal dan janda. Aku juga begitu, namun kini aku memberi sendikit toleransi dalam hal ini, sebabnya pernah seorang ustaz menceritakan dahulu seorang lelaki bani Israel yang melanggan pelacur dan seorang pelacur yang insaf dan bertaubat akhirnya berkahwin yang kemudiannya zuriat mereka diangkat menjadi seorang nabi. Jadi ini bersangkut dengan hidayah Allah juga. 


Alaf ini terbit pula terma seperti milf yang mula mengiktiraf perbuatan ibu-ibu yang pandai menjaga penampilan diri sehinggakan remaja-remaja seusia anaknya sendiri menyimpan hasrat untuk menidurinya. Jika dahulu perkataan dan perbuatan sebegini adalah taboo. Kini wanita-wanita dewasa yang anggun berbangga digelar milf. Mom I Like To Fuck. Itu singkatannya.

Seorang rakan aku memperkenalkan terma MBL, Married But Looking katanya. Bagi aku ini adalah species wanita yang suka menjadi tumpuan semua lelaki seperti yang telah aku nyatakan diawal tajuk ini tadi. Wanita jenis ini sangat mudah dikenali dan tidak perlu berusaha gigih untuk bersamanya. Dalam sesetengah kes, wanita MBL ini bertindak sedemikian kerana hidup mereka disisihkan suami, kurang kasih sayang atau akibat dendam terhadap si suami yang menduakannya. Apa pun alasannya, ia tetap salah. Dan memilih untuk mendamping wanita seperti ini adalah menempah sekeping tiket menuju kesengsaraan hidup.

Kata seorang rakan kemarin, apabila seseorang itu sedang melakukan zina. Imannya pada waktu itu telah diangkat oleh Allah s.w.t. Pada waktu itu memang tiada iman lagi dalam dirinya. Mungkin selepas itu barulah ia turun semula secara berperingkat atau ia tidak lagi turun (maknanya mati dalam keadaan maksiat). Begitulah juga bila kita mula beramal soleh, mula kusyuk dalam solat, mula perbanyakan zikir, begitu pantas kita ditimpakan dengan berbagai-bagai ujian. Kenapa? Kerana iman kita sangat kental masa itu. Dan itulah masanya ujian yang hebat juga akan datang. Pesan rakanku lagi, Iblis pernah berkata jika segala tipu daya yang digunakan telah gagal maka akhir sekali ia akan datangkan dalam bentuk wanita.

Adakah anda merasa wanita anda membahagiakan anda? Aku gembira kerana Tuhan memberi peluang aku mendampingi wanita-wanita yang membahagiakan selama ini. Aku mohon maaf jika aku bodoh dan mensia-siakan sesiapa yang telah membahagiakan hidup aku. Aku juga bodoh kerana sering kali tidak dapat membezakan antara nafsu dan kasih sayang.  Percayalah aku seorang yang sentiasa menghargai wanita.

MENGUKIR NADA DARI BESI

MENGUKIR NADA DARI BESI Penulis: Rammy Azmi Penerbit: Karya Raya Publishing Edaran: Faithcraft Productions Asal: Maaysia Baha...